PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS
DEE2A
SESI
DISEMBER 2014
EN.MOHD
ZUKY BIN HANAFI
JKE
NAMA
|
NO.MATRIK
|
NUR ILLANI ZAIHA BT ZAINAL
|
12DEE14F2010
|
NUR HIDAYAH BT
MOHD NASIR
|
12DEE14F2017
|
NUR ARIFAH
ELIANA BT ABDUL RAHMAN
|
12DEE14F2018
|
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur
ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada kami ,dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya,
kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah, En. Mohd
Zuky Bin Hanafi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami
juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Mereka telah memberikan kami segala kemudahan
dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan
tugasan ini.
Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada
rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah
alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan
kepada mereka.
Akhir
madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
PENGENALAN
Proses kejadian manusia adalah satu tanda daripada tanda
kekuasaan Allah sebagai Pencipta.Allah menempelak sikap manusia yang sering
lupa dan alpa asal usul kejadian mereka sehinggalah sanggup membantah dan
mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah sebagaimana firman Allah yang berbunyi :
Daripada Adam, lalu dijadikan Hawa dan daripada mereka
diciptakan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan
yang dikenali sebagai NUTFAH. Kemudiannya menjadi segumpal darah (ALAQAH)
kemudiannya seketul daging (MUDGHAH) kemudian menjadi beberapa tulang (I’ZHAM)
kemudian tulang yang dibaluti dnegan daging seterusnya lembaga yang ditupkan
roh oleh Allah. Firman Allah yang berbunyi :
Selain itu, Rasulullah juga telah bersabda:
" Bahawasanya seseorang kamu dihimpunkan
kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian merupakan alaqah(
segumpal darah) seumpama demikian( selamana 40 hari) kemudian dia merupakan
mudghatan ( segumpal daging) seumpama demikian ( selama 40 hari). Kemudian
Allah mengutus malaikat, maka diperintahkan kepadanya (malaikat) empat
perkataan. dan dikatakan kepada malaikat: Engkau tullislah amalannya,
rezekinya, ajalnya dan celaka atau bahagianya.Kemudian ditiupkanlah kepada
makhlik itu.... "
(Hadis
Riwayat Imam al-Bukhari, 248)
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT SATU
NUTFAH
: iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya
percampuran air mani
Maksud
firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang
bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A= sperma B= sperma menebusi ovum
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan
alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh
telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin).
Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah
nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain
itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu
yang bergantung atau melekat
- pacat
atau lintah
- suatu
buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah
peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah
dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua
kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah
beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan
oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan
bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan
pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan
daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh
terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus ,
seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu
sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke
pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati,
buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna
lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut
semakin sempurna. Pada
minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu
kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi
embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang
janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada
bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel
bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.
Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran
bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT
KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat
peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad
yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini
berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam
rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses
perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan
Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di
dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling
bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah
s.w.t
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: ((
إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )).
رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a.
beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang
yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan
kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian
menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul
daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat
lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat;
iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka
atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah
seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga,
sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan
kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan
neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
(Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدءالخلق (باب ذآر الملئكة) )
nombor 3036, dan dalam ( القدر )
dan dalam ( الأنبياء ) .
Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor
2643.).
Penjelasan Fasa perkembangan janin di dalam rahim:
Hadits diatas ini menunjukkan bahwa janin diciptakan seratus dua puluh hari
dalam tiga tahapan. Setiap tahapan adalah selama empat puluh hari. Pada empat
puluh hari pertama berupa nuthfah, pada empat puluh hari kedua berupa ‘alaqah dan empat puluh hari
ketiga berupa mudhghah, dan pada hari ke seratus dua puluh, malaikat
meniupkan ruh kepadanya, lalu dituliskan baginya kalimat. Allah SWT menyebutkan
dalam kitab-Nya bahwa janin diciptakan dalam fasa-fasa tersebut, sebagaiamana
firman-Nya:
“dan
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari
tanah.kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat
yang kokoh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu
segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami
jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.
kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah
Allah, Pencipta yang paling baik.” (Q.S. Al-Mukminun: 12-14)
Dalam
ayat ini Allah menyebutkan empat fasa yang disebutkan didalam hadits, lalu
menambahinya dengan fasa lainnya sehingga menjadi tujuh fasa.
Kejadian Manusia Menurut Sains
Proses kejadian manusia
mengikut teori sains dapat disimpulkan seperti rajah di bawah:
Teori sains menggariskan, bayi
yang di dalam kandungan akan mengharungi tiga tahap utama
iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus
.
1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot
tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang
kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang
semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna
membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung
selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada
tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan
sel tersebut.
3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya,
bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan
dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya
fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada
awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini
berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga
minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia
sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan
lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin
dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna ia
lahir sebagai bayi.
GAMBARAN PROSES KEJADIAN MANUSIA
Proses
kejadian manusia menurut Al-Quran
Perkembangan embrio
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
RUMUSAN
Kita
sebagai hamba Allah di muka bumi ini seharusnya sentiasa bersyukur di atas
segala nikmat yang diberi. Terutama pemberian pancaindera yang biberikan oleh
Allah. Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus,
kasar dan sebagainya.
Bagaimanakah cara kita menunjukkan cara kita menghargai nikmat yang diberi oleh
Allah? Ini adalah
dengan rasa bersyukur di atas segala yang diberi. Imam Ibnu Rajab berkata,
“Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.
1. Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah, berasal
dari-Nya dan atas keutamaannya. Apabila hatinya bersyukur maka akan lahirkan
bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga iaitu syukur dengan lisan dan
perbuatan.
2. Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah),
menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat
tersebut; Allah s.w.t. berfirman,
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya
“ dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan
bersyukur)”. (al-Dhuha:11)
3. Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali
dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat
untuk kemaksiatan kepada-Nya. Ulamak dalam menghuraikan ayat;
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ
مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ
Kami katakan, wahai keluarga Daud bersukurlah kepada Allah swt atas nikmat yang
diberikan kepada kamu iaitu dengan mentaati dan melaksanakan segala perintah
Allah swt dan meninggalkan segala larangannya, kerana sedikit dari kalangan
hambanya yang banyak bersyukur kepada Allah swt dan Nabi Daud a.s dan
keluarganya adalah tergolong dalam golongan yang sedikit itu.
RUJUKAN
BUKU
- REFLEKSI ATAS PERSOALAN KEISLAMAN ( AHMAD AZHAR BASYIR )(1993)
- .ASAL-USUL MANUSIA MENURUT AL-QURAN SAINS(DR MAURICE BUCAILLE).(1992)
- .MENGENAL MANUSIA LEWAT AL-QURAN.BINA ILMU(.SYAHMINAN)(.1984)
INTERNET
- https://updateberitamu.wordpress.com/2014/10/10/makalah-proses-penciptaan-manusia-menurut-islam/
- http://www.slideshare.net/muhammadabidibrahim/kertas-kerja-kejadian-manusia-menurut-pandangan-islam-dan-barat
- http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/proses-kejadian-manusia-menurut-al.html
- http://infounik92.blogspot.com/2013/12/proses-penciptaan-manusia-menurut-al.html