v NUR ARIFAH ELIANA BT ABDUL RAHMAN ( 12DEE142018 )
v NUR HIDAYAH BT MOHD NASIR ( 12DEE14F2017)
v TAJUK: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
v PROGRAM : DEE
v SESI: DISEMBER 2014
v NAMA PENSYARAH : ENDON BT CHE MAT
v JABATAN : PENGAJIAN AM
·
PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah
mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan folio
Pengajian Malaysia ini dengan sempurna. Folio Pengajian Malaysia yang bertajuk
‘ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj’.
Tugasan
folio ini dapat kami laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ii adalah atas
bantuan pelbagai pihak. Setinggi ucapan penghargaan diucapkan buat pensyarah
Pengajian Malaysia kami, Puan Endon Binti Che Mat kerana telah banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar kaedah-kaedah yang betul bagi menyiapkan folio
tersebut. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami Abdul Rahman bin Mamat,Mariam bt
Muhammad ,Mohd Nasir bin Mat Yaacob
,Rohani binti Awang Lah dan sahabat-sahabat yang telah banyak memberikan
sokongan kepada kami. Tidak dilupakan juga kepada sahabat kami yang banyak
membantu iaitu Nur Illani Zaiha Binti Zainal khususnya dan tidak dilupakan juga
rakan sekelas yang lain.
Akhir
kata, dengan rendah diri kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan yang telah diamanatkan oleh pensyarah Pengajian Malaysia
kami.
·
PENGENALAN
Nama
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,
lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Nama asal beliau
ialah Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah. Beliau yang
mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam
bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang
pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan
rakyatnya.
·
BIOGRAFI TUNKU ABDUL RAHMAN
Nama asal:
Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.Nama dan Gelaran Popular:
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM TunkuTarikh dan tempat lahir: 8
Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990
di Kuala Lumpur.Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di
Bangkok, seterusnya diPenang Free School, di Ct. Cathering, Cambridge University,
England dan Inner Temple, England. B.A. (1925), LIB ( INNER) (1948).Pengalaman
Jawatan Awam:1931-Penolong Pegawai Daerah, Kulim dalamPerkhidmatan Awam Negeri
Kedah (1935) di Langkawi, kembali ke Kulim (1938),Timbalan Pendakwa Raya,
Pegawai Undang-undang dan 1956 Ketua Menteri dan akhir sekali 1957-1970 menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an:
dalam Seberkas, Alor Setar, 1946- membantumenubuhkan Persatuan United Kingdom,
1951- dicalonkan dan memenangi jawatanYang Dipertua / Presiden UMNO, Presiden
UMNO (hingga September 1970).Kegiatan Antarabangsa: Setiausaha Agung 1 OIC-
Komanwel Negara-negara Islam(1971-1980).)
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid HalimSyah merupakan seorang tokoh yang mempunyai
sifat-sifat istimewa di sebalik kejayannya. Beliau merupakan seorang yang
peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia
kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati,sentiasa bersimpati,
bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai
kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul
dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang
ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada Md
HaSrul Bin Ja’Afar 3 Advertisement 1881
dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan
Burma telah menukar namanya kepda Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.
·
SUMBANGAN BELIAU
- Peringkat antarabangsa
Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada
Soekarno.Malah bolehlah dikatakan bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam
arena ini jika dibandingkan dengan Soekarno. Sungguhpun demikian ternyata tunku
masih juga dapat bercatur politik di arena antarabangsa dengan cepatnya, dan
pada ketika-ketikanya lebih mengagumkan, khususnya apabila Tunku menonjolkan
isu anti Apartied Afrika Selatan di persidangan komanwel. Dengan pengusiran
Afrika Selatan daripada pertubuhan tersebut,maka seluruh dunia mengutuk dasar
Afrika Selatan. Dengan isu tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik dunia
sehingga Tunku dapat meletakkan nama negara Malaysia di peta dunia. Di
sesetengah negara, khasnya di Benua Afrika dan Asia Barat,.Di sesetengah negara
nama Tunku lebih dikenali daripada negara ini sendiri. Dalam perjuangan
menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam zaman politik moden
ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham Lincoln membuat
peristiharan pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863 dan
peristiharan itulah yang menjadikannya sebagai negarawan dunia, sedangkan Tunku
Abdul Rahman pula dalam tahun enam puluhan berjaya menyingkirkan Afrika Selatan
daripada Komanwel kerana dasar apartied negara tersebut. Pada 31 Julai 1961,
Tunku telah mengasaskan ASA ( Assosiation of South East Asian States) yang
terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11 Julai 1962,
MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina dibentuk. Akan
tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan
Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan
masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar
daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965. Tunku Berjaya mengatasi
konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan
dengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha
Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) olej Raja Faizal dari
Jeddah.Tunku telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam
memainkan peranannya digelanggang politik antarabangsa dengan menimbulkan dan
menarik pandangan dunia pada sesuatu masalah yang besar yang mesti dihadapi
bersama oleh seluruh kerajaan di negara-negara di dunia ini. Salah satu
daripada kejayaan-kejayaan Tunku ialah tindakan yang keras dan tegas beliau
dalam isu apartied. Langkah yang dipelopori oleh Tunku itu telah disambut dengan
hangat oelh negara-negara lain sehingga menyebabkan Afrika Selatan dipecat
daripada anggota Negara-Negara Komanwel. Setelah persoalan ini dibawa ke
Bangsa-bangsa Bersatu negara afrika Selatan telah dikecam dan dikutuk oleh
semua negara yang berpegang kepada hak-hak asasi manusia.
Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai
kemerdekaan negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau
bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak
penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan perananpenting dalam membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang
kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara
kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis
darah sebagaimana yang berlaku di
negara-negara jiran. Kewibawaan Tunku
yang Berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah
memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan
untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul
dan tersohor.
·
UMNO
Kerjaya Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik apabila beliau
menyertai UMNO. Pada tahun 1951, Tunku
dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato Onn bin Jaafar. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama selepas pilihanraya umum yang
pertama.
·
PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN
Pada tahun 1955, Tunku mengetuai rombongan ke London bagi
membincangkan kemerdekaan negara. Beliau
berjaya dalam rundingan tersebut.
Kepulangan Tunku dari London disambut dengan meriahnya. Beliau mengumunkan tarikh kemerdekaan Tanah
Melayu di Melaka pada tahun 1956. Pada
tahun 1957, Tunku Abdul Rahman membacakan dokumen pemasyhuran kemerdekaan dari
kerajaan British kepada ribuan penduduk di Stadium Merdeka. Laungan merdeka disorakkan sebagai tujuh
kali. Tunku Abdul Rahman dilantik
sebagai Perdana Menteri pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka. Beliau digelar sebagai Bapa
Kemerdekaan.
GAMBARAN SEMASA KEPULANGAN TUNKU DARI LONDON |
Kejayaan lain
Tunku Abdul Rahman ialah membentuk Malaysia pada tahun 1963. Beliau telah
menyuarakan idea pembentukan Malaysia dan disambut baik oleh negara lain dan
akhirnya Malaysia dibentuk dengan disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura.
·
GARIS MASA
Ø 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di
Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
Ø 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke
Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang
sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
Ø 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan
memasuki Penang Free School.
Ø 1919 (umur 16): Belajar di England.
Ø 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah
Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya
Taib Andak.
Ø 1927 (umur 24): Dihantar semula ke
England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu
Ø 1930 (umur 27): Lulus semester
pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
Ø 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai
pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
Ø 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai
Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
Ø 1933 (umur 30): Berkahwin dengan
Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir
1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku
Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul
Rahman.
Ø 1934: Mariam meninggal dunia kerana
penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
Ø 1935 (umur 32): Dipindahkan ke
Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku
dengan Violet kurang direstui.
Ø 1937 (umur 34): Bertugas sebagai
Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani
dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
Ø 1938 (umur 37): Pergi ke England
buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara
temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah
diceraikan , Violet Coulson.
Ø 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah
kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah
Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik
rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak
mendapat seorang anak pun.
Ø 1940 (umur 37): Dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Ø Tunku Abdul Rahman
pada tahun-tahun akhirnya (gambar)
Ø 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota
Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
Ø 1947 (umur 44): Berangkat semula ke
England untuk menyambung pengajia
Ø 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di
Inner Temple.
Ø 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah
Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor
Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur,
Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden
Mahkamah Sesi.
Ø 1946: Menyertai UMNO.
Ø 1951 (umur 48): Menjadi Presiden
UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan
Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
Ø 1954 (umur 51): Mengetuai satu
rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah
Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
Ø 1955 (umur 52): Pilihan raya
persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini,
Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang
pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
Ø 1956 (umur 53): England bersetuju
untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England,
Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari
di Bandar Hilir, Melaka.
Ø 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola
Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
Ø 1958 (umur 55): Dilantik sebagai
Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
Ø 1960 (umur 57): Menubuhkan
Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan
mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
Ø 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan
Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand
dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa yang pertama.
Ø 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia
pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan
Borneo Utara (sekarang Sabah).
Ø 1967 (umur 64): ASA dibubarkan
untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of
Southeast Asian Nations.
Ø 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya
yang pertama.
Ø 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
Ø 1982 (umur 79): Menjadi Presiden
Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
Ø 1990 (umur 87): Mangkat pada 6
Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
·
RUMUSAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan
seorang putera Raja dai negeri Kedah
yang telah banyak membuat jasa kepada
bangsa dan Negara.Beliau merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan
Malaysia yang pertama.
Beliau yang dilahirkan semasa zaman
Negara dijajah oleh inggeris telah menjalani kehidupan melalui pengalaman dan
perjuangan berasaskan pembebasan tanah air dari cengkaman penjajah.Beliau telah
memperolehi pendidikan awal secara
formal dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang
undang-undang.Kerjaya beliau bermula sebagai seorang pguam .Beliau merupakan
seorang yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air tanpa jemu.Pada 31 Ogos 1957
negara telah mendapat kemerdekaan hasil daripada perjuangan beliau bersama-sama
tokoh yang lain.seterusnya Berjaya menyatukan semenanjung ,Sabah , Sarawak ,dan
Singapura di dalam Malaysia.Beliau telah Berjaya menyatukan orang-orang melayu
dan bangsa-bangsa lain menjadi warganegara yang memperjuangkan kedaulatan
Negara.
Beliau juga telah memainkan peranan utama dalam menjalinkan hubungan
antarabangsa dengan negara-negara serantau dalam bidang politik , ekonomi ,dan
sosial.Hasil dari perjuangannya ,beliau juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan”
Negara dan sehingga kini jasa-jasa agong beliau sentiasa dikenang oleh bangsa
Malaysia sebagai tokoh terbilang.Selepas beliau tidak lagi aktif dalam politik
, Tunku Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang.Tunku telah meninggal
dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja
Langgar , Alor Star , Kedah.
·
RUJUKAN
Ø BUKU
ü BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
(NURUL IMAN RAMLI / 2006 )
ü TUKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
( ANUAR ZAMRI / 2013 )
ü TOKOH PEJUANG NEGARA TUNKU ABDUL RAHMAN
( NORA HJ SAMAT /2003)
Ø INTERNET
ü Tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com