Sunday 25 December 2016

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM & KESANNYA





AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM
DAN KESAN KEPADA PENONTON
DAN CARA MENGATASINYA




PENSYARAH : PN SALMI BINTI MOHD




NAMA
NO MATRIK
1.
NUR ILLANI ZAIHA BT ZAINAL
12DEE14F2010
2.
NUR HIDAYAH BT MOHD NASIR
12DEE14F2017
3.
NUR ARIFAH ELIANA BT ABDUL RAHMAN
12DEE14F2018








SENARAI KANDUNGAN :
1
OBJEKTIF
2
PENGENALAN
3
PENGERTIAN KHURAFAT DAN SYIRIK
4
CIRI-CIRI KURAFAT & SYIRIK DALAM PENERBITAN
5
AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DAN CARA MENGATASI             
6
KESIMPULAN
7
SUMBER RUJUKAN


OBJEKTIF

                  Objektif ini adalah untuk menerangkan punca berlakunya gejala syirik dan khurafat di zaman ini melalui filem- filem . Seterusnya menghuraikan kepentingan untuk membendung gejala syirik yang sedang berlaku. Selain itu, bagi menjelaskan lagi kesan syirik ke atas masyarakat , individu , keluarga dan industri perfileman Malaysia serta di kaca TV . Memberi pendapat tentang cara untuk mengatasi serta mengurangkan masalah syirik yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada zaman teknologi kini.

PENGENALAN
             Pada masa kini , kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun , seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram.
             Berbincang mengenai hiburan ini , isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia , kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.
               Oleh itu , dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.  



PENGERTIAN KHURAFAT :

Ø  Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:      
            خرف خرافة خرافات  
Ø  Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Ø  Di dalam al-Munjid disebut:
            خرف قسد اخرفة افسده
           الخر افة حديث الخرف المضحك
Ø  Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.

Ø  Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu.
Ø  Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana  atau membawa tuah keberuntungan.

Ø  Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
Yang bermaksud:
        “Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu   hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.  





PENGERTIAN SYIRIK :  

Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT  atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT. 





Adapun menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok   besar yakni: 

    
     1)   SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH  TA'ALA : 

Syirik Rububiyyah

·         Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.


 Syirik Uluhiyyah 

·         Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah. 

          
Syirik Asma' Wa Sifat

·         Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.


     2)  SYIRIK MENURUT KADARNYA  

Syirik Akbar (besar)

Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam. 

·         Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.

·         Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.

·         Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.

·         Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.


Syirik Ashghar (kecil)

·         Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.  

    
Syirik Khafi (tersembunyi)

·         Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat. 


      3)  SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN 

 Syirik I'tiqodi

·         Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam. 


Syirik Amali

·         Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.




Syirik Lafzhi  

·         Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya , "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).





CIRI-CIRI KHURAFAT & SYIRIK DALAM PENERBITAN

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khuurafat dan syirik sperti yang berikut:
·         Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas  syarak sama ada al-Quran atau hadis.
·         Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
·         Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam
·         Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada 'makhluk halus' bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan peyelewengan daripada akidah Islam.



   Antara contoh perbuatan khurafat dan syirik ialah :


v  Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.

v  Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.

v  Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.

v  Jika bunga teratai berkembang, hal ini pertanda bahwa dewa-dewa turun memberkatinya. Orang India mempersembahkan bunga teratai putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai merah untuk Dewa Brahma, dan bunga teratai biru untuk Wishnu.

v  Orang-orang Budha beranggapan bahwa jika bunga teratai tengah berkembang berarti roh-roh Budha tengah bersukaria.

v   Orang-orang China beranggapan bahwa dengan membuat bubur kacang merah pada sembahyang Tang Ceh, roh-roh jahatpun akan pergi terusir.

v  Cabai merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti.

v   Jika terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.

v  Orang-orang China pada upacara Peh Cun menaruh rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas pintu, agar roh orang suci yang membunuh diri turun memberkati si empunya rumah.

v  Jika sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah, dianggap roh Yesus akan turun memberi pengampunan.
v  Jika anak-anak kecil terserang penyakit perut digantungkanlah sepotong aur kuning pada leher anak itu karena menganggap aur kuning dapat menolak penyakit.

v   Mengambil daun pisang beserta pelepahnya pada petang hari dianggap dapat menyebabkan kematian dalam perjalanan.

v  Pohon anjuang yang di tanam di sawah dan ladang dianggap dapat mengusir hantu pembawa hama tanaman. Pohon anjuang yang ditanam di kuburan dianggap dapat menghindarkan gangguan hantu kubur pada roh-roh mati dalam kuburan.

v  Pohon leci yang tengah berbuah dianggap sebagai pertanda roh-roh nenek moyang tengah berpesta pora.

v  Merangkai bunga melati pada malam hari dianggap dapat menghadirkan roh-roh gadis remaja.

v  Burung hantu yang bersuara pada malam hari dianggap sebagai pertanda akan ada perempuan melahirkan.

v  Kupu-kupu yang masuk ke rumah dianggap sebagai pertanda akan datang seorang tamu.

v  Burung hamah yang bersuara dianggap sebagai pertanda akan terjadi pembunuhan balas dendam.

v  Mempercayai bahwa berjabat tangan dengan orang yang pernah berjabat tangan dengan orang yang secara berantai sampai kepada orang yang pernah berjabat tangan dengan Rasulullah akan masuk surga.

v  Mendapatkan barakah dengan mencucup tangan para ulama. Demikian itu dikerjakan dengan kepercayaan bahwa berkah Allah kepada ulama itu akan berlimpah kepadanya.

v  Mempercayai beberapa ulama tertentu itu keramat serta menjadi kekasih Allah sehingga terjaga dari berbuat dosa. Andakata pun berbuat dosa, maka sekedar sengaja diperbuatnya untuk menyembunyikan kesucianya tidak dengan niat maksiat.

v  Memakai ayat-ayat al-Qur’an untuk azimat menolak bala’, pengasihan dan sebagainya.


AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT                      



1) MENDIRIKAN RUMAH BARU 
   
ü   Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

ü    Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.  
  
2) UPACARA MENURUNKAN PERAHU/KAPAL
     YANG BARU KE LAUT 
     
ü   Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan     sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.  


3) KENDURI TOLAK BALA   

ü   Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya   kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.   

ü   Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :- 

          
                            i.            Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis   tersebut.                                       

                          ii.            Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.                                    

4) UPACARA PERSANDINGAN 
       
ü   Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di  mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.  
      
ü   Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan  Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari. 
       


5) Mengandung / Kelahiran bayi 
    
ü   Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.




 CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT :  




1) PERANAN KERAJAAN


ü  Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. 

ü  Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.


  

2) PERANAN MASYARAKAT

ü  Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.



3) PERANAN DIRI SENDIRI


ü      Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka. Sebagai seorang umat islam yang mempunyai pegangan agama yang baik hendaklah sentiasa tegas dan tidak memandang remeh dalam penghasilan filem khurafat ini. Mereka perlulah memastikan tayangan filem mereka tontoni bebas daripada unsur - unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan , merekara seharusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti FINAS bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras dengan segera. 



KESIMPULAN

Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga janganlah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman. 

i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain.
iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.




SUMBER RUJUKAN


Perangi Syirik By Dr. Abdullah Yasin
Syirik dan sebabnya by Dr Muhammad Bin Abdulrahman al khumayyis 



LAMPIRAN
SENARAI FILEM, DRAMA ATAU SEBARANG AUDIO VISUAL YANG MENGANDUNGI UNSUR UNSUR KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT ATAU GHAIBIYAT.



 


  • Penggunaan “ minyak dagu “ untuk mendapatkan wanita yang di idamkan.





  • Terdapat unsur “Membuat perjanjian dengan iblis “

 







  • Terdapat “ scene”  NASI KANKANG ( bertujuan untuk membuat orang patuh dan tunduk pada si pembuat )







  • Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri

 





Antara bentuk-bentuk keramat,khurafat,tahyul dan kebudayaan karut yang dipercayai oleh masyarakat yang terdapat dalam filem di atas .

  •  Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya
  •  Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
  • Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
  • Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
  •  Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.   
  • Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
  • Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
  • Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dsb.