Wednesday 18 March 2015

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


v  NUR ARIFAH ELIANA BT ABDUL RAHMAN ( 12DEE142018 )
v  NUR HIDAYAH BT MOHD NASIR ( 12DEE14F2017)
v  TAJUK: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
v  PROGRAM : DEE
v  SESI: DISEMBER 2014
v  NAMA PENSYARAH : ENDON BT CHE MAT
v  JABATAN : PENGAJIAN AM

·         PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan folio Pengajian Malaysia ini dengan sempurna. Folio Pengajian Malaysia yang bertajuk ‘ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj’.     
Tugasan folio ini dapat kami laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ii adalah atas bantuan pelbagai pihak. Setinggi ucapan penghargaan diucapkan buat pensyarah Pengajian Malaysia kami, Puan Endon Binti Che Mat kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kaedah-kaedah yang betul bagi menyiapkan folio tersebut. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami Abdul Rahman bin Mamat,Mariam bt Muhammad ,Mohd  Nasir bin Mat Yaacob ,Rohani binti Awang Lah dan sahabat-sahabat yang telah banyak memberikan sokongan kepada kami. Tidak dilupakan juga kepada sahabat kami yang banyak membantu iaitu Nur Illani Zaiha Binti Zainal khususnya dan tidak dilupakan juga rakan sekelas yang lain.
Akhir kata, dengan rendah diri kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanatkan oleh pensyarah Pengajian Malaysia kami.

·         PENGENALAN

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Nama asal beliau ialah Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

·         BIOGRAFI TUNKU ABDUL RAHMAN
Nama asal: Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM TunkuTarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur.Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di Bangkok, seterusnya diPenang Free School, di Ct. Cathering, Cambridge University, England dan Inner Temple, England. B.A. (1925), LIB ( INNER) (1948).Pengalaman Jawatan Awam:1931-Penolong Pegawai Daerah, Kulim dalamPerkhidmatan Awam Negeri Kedah (1935) di Langkawi, kembali ke Kulim (1938),Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang dan 1956 Ketua Menteri dan akhir sekali 1957-1970 menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: dalam Seberkas, Alor Setar, 1946- membantumenubuhkan Persatuan United Kingdom, 1951- dicalonkan dan memenangi jawatanYang Dipertua / Presiden UMNO, Presiden UMNO (hingga September 1970).Kegiatan Antarabangsa: Setiausaha Agung 1 OIC- Komanwel Negara-negara Islam(1971-1980).)

 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid HalimSyah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik kejayannya. Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati,sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada Md HaSrul Bin Ja’Afar 3 Advertisement  1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepda Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.

·         SUMBANGAN BELIAU
  •  Peringkat antarabangsa

Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada Soekarno.Malah bolehlah dikatakan bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam arena ini jika dibandingkan dengan Soekarno. Sungguhpun demikian ternyata tunku masih juga dapat bercatur politik di arena antarabangsa dengan cepatnya, dan pada ketika-ketikanya lebih mengagumkan, khususnya apabila Tunku menonjolkan isu anti Apartied Afrika Selatan di persidangan komanwel. Dengan pengusiran Afrika Selatan daripada pertubuhan tersebut,maka seluruh dunia mengutuk dasar Afrika Selatan. Dengan isu tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik dunia sehingga Tunku dapat meletakkan nama negara Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara, khasnya di Benua Afrika dan Asia Barat,.Di sesetengah negara nama Tunku lebih dikenali daripada negara ini sendiri. Dalam perjuangan menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam zaman politik moden ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham Lincoln membuat peristiharan pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863 dan peristiharan itulah yang menjadikannya sebagai negarawan dunia, sedangkan Tunku Abdul Rahman pula dalam tahun enam puluhan berjaya menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel kerana dasar apartied negara tersebut. Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA ( Assosiation of South East Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965. Tunku Berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) olej Raja Faizal dari Jeddah.Tunku telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam memainkan peranannya digelanggang politik antarabangsa dengan menimbulkan dan menarik pandangan dunia pada sesuatu masalah yang besar yang mesti dihadapi bersama oleh seluruh kerajaan di negara-negara di dunia ini. Salah satu daripada kejayaan-kejayaan Tunku ialah tindakan yang keras dan tegas beliau dalam isu apartied. Langkah yang dipelopori oleh Tunku itu telah disambut dengan hangat oelh negara-negara lain sehingga menyebabkan Afrika Selatan dipecat daripada anggota Negara-Negara Komanwel. Setelah persoalan ini dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu negara afrika Selatan telah dikecam dan dikutuk oleh semua negara yang berpegang kepada hak-hak asasi manusia.
Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan perananpenting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darah sebagaimana  yang berlaku di negara-negara jiran.  Kewibawaan Tunku yang Berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor.

·         UMNO
Kerjaya Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik apabila beliau menyertai UMNO.  Pada tahun 1951, Tunku dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato Onn bin Jaafar.  Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama selepas pilihanraya umum yang pertama.

·         PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN

Pada tahun 1955, Tunku mengetuai rombongan ke London bagi membincangkan kemerdekaan negara.  Beliau berjaya dalam rundingan tersebut.  Kepulangan Tunku dari London disambut dengan meriahnya.  Beliau mengumunkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu di Melaka pada tahun 1956.   Pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman membacakan dokumen pemasyhuran kemerdekaan dari kerajaan British kepada ribuan penduduk di Stadium Merdeka.  Laungan merdeka disorakkan sebagai tujuh kali.  Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.  Beliau digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.
                                           

   
                                          

GAMBARAN SEMASA KEPULANGAN TUNKU DARI LONDON
                                         
                                            
Kejayaan lain Tunku Abdul Rahman ialah membentuk Malaysia pada tahun 1963. Beliau telah menyuarakan idea pembentukan Malaysia dan disambut baik oleh negara lain dan akhirnya Malaysia dibentuk dengan disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

·         GARIS MASA

Ø  1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
Ø  1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
Ø  1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
Ø  1919 (umur 16): Belajar di England.
Ø  1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
Ø  1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu
Ø  1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
Ø  1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
Ø  1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
Ø  1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
Ø  1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
Ø  1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
Ø  1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
 bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
Ø  1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
Ø  1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
Ø  1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Ø  Tunku Abdul Rahman

pada tahun-tahun akhirnya (gambar)
Ø  1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
Ø  1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajia
Ø  1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
Ø  1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
Ø  1946: Menyertai UMNO.
Ø  1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
Ø  1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
Ø  1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
Ø  1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
Ø  1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
Ø  1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
Ø  1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
Ø  1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
Ø  1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
Ø  1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
Ø  1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
Ø  1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Ø  1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
Ø  1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

·         RUMUSAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan seorang putera Raja dai negeri  Kedah yang  telah banyak membuat jasa kepada bangsa dan Negara.Beliau merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang pertama.

Beliau yang dilahirkan semasa zaman Negara dijajah oleh inggeris telah menjalani kehidupan melalui pengalaman dan perjuangan berasaskan pembebasan tanah air dari cengkaman penjajah.Beliau telah memperolehi  pendidikan awal secara formal dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang undang-undang.Kerjaya beliau bermula sebagai seorang pguam .Beliau merupakan seorang yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air tanpa jemu.Pada 31 Ogos 1957 negara telah mendapat kemerdekaan hasil daripada perjuangan beliau bersama-sama tokoh yang lain.seterusnya Berjaya menyatukan semenanjung ,Sabah , Sarawak ,dan Singapura di dalam Malaysia.Beliau telah Berjaya menyatukan orang-orang melayu dan bangsa-bangsa lain menjadi warganegara yang memperjuangkan kedaulatan Negara.

      Beliau juga telah memainkan peranan utama dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara-negara serantau dalam bidang politik , ekonomi ,dan sosial.Hasil dari perjuangannya ,beliau juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” Negara dan sehingga kini jasa-jasa agong beliau sentiasa dikenang oleh bangsa Malaysia sebagai tokoh terbilang.Selepas beliau tidak lagi aktif dalam politik , Tunku Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang.Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja Langgar , Alor Star , Kedah. 

·         RUJUKAN
Ø  BUKU
ü  BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
(NURUL IMAN RAMLI / 2006 )
ü  TUKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
( ANUAR ZAMRI / 2013 )
ü  TOKOH PEJUANG NEGARA TUNKU ABDUL RAHMAN
  ( NORA HJ SAMAT /2003)
Ø  INTERNET
ü  Tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com