AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM
DAN KESAN KEPADA PENONTON
DAN CARA MENGATASINYA
PENSYARAH : PN SALMI BINTI MOHD
NAMA
|
NO MATRIK
|
|
1.
|
NUR
ILLANI ZAIHA BT ZAINAL
|
12DEE14F2010
|
2.
|
NUR
HIDAYAH BT MOHD NASIR
|
12DEE14F2017
|
3.
|
NUR
ARIFAH ELIANA BT ABDUL RAHMAN
|
12DEE14F2018
|
SENARAI
KANDUNGAN :
|
|
1
|
OBJEKTIF
|
2
|
PENGENALAN
|
3
|
PENGERTIAN
KHURAFAT DAN SYIRIK
|
4
|
CIRI-CIRI
KURAFAT & SYIRIK DALAM PENERBITAN
|
5
|
AMALAN
SYIRIK DAN KHURAFAT DAN CARA MENGATASI
|
6
|
KESIMPULAN
|
7
|
SUMBER
RUJUKAN
|
OBJEKTIF
Objektif ini adalah untuk menerangkan punca berlakunya gejala syirik dan khurafat di zaman ini melalui filem- filem . Seterusnya menghuraikan kepentingan untuk membendung gejala syirik yang sedang berlaku. Selain itu, bagi menjelaskan lagi kesan syirik ke atas masyarakat , individu , keluarga dan industri perfileman Malaysia serta di kaca TV . Memberi pendapat tentang cara untuk mengatasi serta mengurangkan masalah syirik yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada zaman teknologi kini.
PENGENALAN
Pada masa kini , kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam
filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang
kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak
salah seandainya mahu berhibur namun , seseorang perlu tahu batas yang
ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang
dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada
berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram.
Berbincang mengenai hiburan ini , isu yang ingin diutarakan ialah
unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang
kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat
tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini
dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di
pawagam-pawagam seluruh Malaysia , kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat
berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin
ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan
filem-filem berunsur hantu dan seram.
Oleh itu , dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat
agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai
seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak
harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Pengiat seni perfileman
tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka
agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya
terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan
kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T
merupakan pencipta sekalian makhluk.
PENGERTIAN
KHURAFAT :
Ø Khurafat
adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:
خرف خرافة خرافات
Ø Dalam
kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Ø Di
dalam al-Munjid disebut:
خرف قسد اخرفة افسده
الخر افة حديث الخرف المضحك
Ø Al-khurafat
juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama
sekali.
Ø Istilah
khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana
ianya semacam menjadi bahasa Melayu.
Ø Khurafat
maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu
keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja
berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam
yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
Ø Di
dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
Yang bermaksud:
“Adapun
apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu
hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari
atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan
manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn
dengan tauhid”.
PENGERTIAN SYIRIK :
Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan,
atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan
sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan
zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan
sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT.
Adapun menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3
(tiga) kelompok besar yakni:
1) SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :
Syirik
Rububiyyah
·
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan,
memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat
rububiyyah.
Syirik
Uluhiyyah
·
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan
mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang
termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
Syirik
Asma' Wa Sifat
·
Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki
sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib,
dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.
2) SYIRIK
MENURUT KADARNYA
Syirik
Akbar (besar)
Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini
mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
·
Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada
selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
·
Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala
melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk
kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
·
Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu
sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu
bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
·
Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk
sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk
dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
Syirik
Ashghar (kecil)
·
Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya
dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan
satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk
Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.
Syirik
Khafi (tersembunyi)
·
Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan
orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan
pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.
3) SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
Syirik I'tiqodi
·
Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya
meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita
namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang
telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang
mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
Syirik
Amali
·
Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh
syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau
makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan
lain sebagainya.
Syirik
Lafzhi
·
Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at
islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama
Allah, seperti misalnya , "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan
engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana
Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan
lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).
CIRI-CIRI KHURAFAT &
SYIRIK DALAM PENERBITAN
Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara
ciri-ciri khuurafat dan syirik sperti yang berikut:
·
Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas
syarak sama ada al-Quran atau hadis.
·
Cerita-cerita yang berunsur mitos dan
lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
·
Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama
dan adat yang bercanggah dengan Islam
·
Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan pemohonan
kepada 'makhluk halus' bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan peyelewengan
daripada akidah Islam.
Antara contoh perbuatan khurafat
dan syirik ialah :
v
Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah
yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
v
Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap
dapat memiliki banyak rezeki.
v
Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di
halaman istana tumbang, hal ini pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan
negara.
v
Jika bunga teratai berkembang, hal ini pertanda
bahwa dewa-dewa turun memberkatinya. Orang India mempersembahkan bunga teratai
putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai merah untuk Dewa Brahma, dan bunga
teratai biru untuk Wishnu.
v
Orang-orang Budha beranggapan bahwa jika bunga
teratai tengah berkembang berarti roh-roh Budha tengah bersukaria.
v
Orang-orang China beranggapan bahwa dengan
membuat bubur kacang merah pada sembahyang Tang Ceh, roh-roh jahatpun akan
pergi terusir.
v
Cabai merah disajikan ketika terjadi hujan
berhari-hari. Mengapa? Karena mereka menganggap dengan itu hujan akan cepat
berhenti.
v
Jika terjadi musim penyakit, ditaruhlah
bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput agar roh-roh pembawa penyakit tidak
mendekati rumah.
v
Orang-orang China pada upacara Peh Cun menaruh
rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas pintu, agar roh orang suci yang
membunuh diri turun memberkati si empunya rumah.
v
Jika sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah,
dianggap roh Yesus akan turun memberi pengampunan.
v
Jika anak-anak kecil terserang penyakit perut
digantungkanlah sepotong aur kuning pada leher anak itu karena menganggap aur
kuning dapat menolak penyakit.
v
Mengambil daun pisang beserta pelepahnya pada
petang hari dianggap dapat menyebabkan kematian dalam perjalanan.
v
Pohon anjuang yang di tanam di sawah dan ladang
dianggap dapat mengusir hantu pembawa hama tanaman. Pohon anjuang yang ditanam
di kuburan dianggap dapat menghindarkan gangguan hantu kubur pada roh-roh mati
dalam kuburan.
v
Pohon leci yang tengah berbuah dianggap sebagai
pertanda roh-roh nenek moyang tengah berpesta pora.
v
Merangkai bunga melati pada malam hari dianggap dapat
menghadirkan roh-roh gadis remaja.
v
Burung hantu yang bersuara pada malam hari
dianggap sebagai pertanda akan ada perempuan melahirkan.
v
Kupu-kupu yang masuk ke rumah dianggap sebagai
pertanda akan datang seorang tamu.
v
Burung hamah yang bersuara dianggap sebagai
pertanda akan terjadi pembunuhan balas dendam.
v
Mempercayai bahwa berjabat tangan dengan orang yang
pernah berjabat tangan dengan orang yang secara berantai sampai kepada orang
yang pernah berjabat tangan dengan Rasulullah akan masuk surga.
v
Mendapatkan barakah dengan mencucup tangan para
ulama. Demikian itu dikerjakan dengan kepercayaan bahwa berkah Allah kepada
ulama itu akan berlimpah kepadanya.
v
Mempercayai beberapa ulama tertentu itu keramat
serta menjadi kekasih Allah sehingga terjaga dari berbuat dosa. Andakata pun
berbuat dosa, maka sekedar sengaja diperbuatnya untuk menyembunyikan kesucianya
tidak dengan niat maksiat.
v
Memakai ayat-ayat al-Qur’an untuk azimat menolak
bala’, pengasihan dan sebagainya.
AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT
1) MENDIRIKAN RUMAH
BARU
ü Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat
untuk mendirikan rumah baru ialah
seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/
emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai
upacara memulih rumah tersebut.
ü Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh,
kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk
mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut.
Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak
ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.
2) UPACARA
MENURUNKAN PERAHU/KAPAL
YANG BARU KE LAUT
ü Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan
perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan
sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan
dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan mentera
dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
3) KENDURI TOLAK
BALA
ü Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang
di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa
sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di
jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari
bala bencana pada tahun tersebut.
ü Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat
pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat
:-
i.
Tidak bercampur antara
lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis
tersebut.
ii.
Melaksanakan
kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.
4) UPACARA
PERSANDINGAN
ü Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk
pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu
sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.
ü Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah
perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak
lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di
sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa
Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari.
5) Mengandung /
Kelahiran bayi
ü Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk
mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat
dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning
serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di
ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula
adalah selama 45 hari.
CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK
DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT :
1) PERANAN
KERAJAAN
ü Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan
syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
ü Kerajaan juga perlu meletakkan topik
" AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang
diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi
amalan syirik dan khurafat.
2) PERANAN
MASYARAKAT
ü Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat
resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu
tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan
khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan
adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
3) PERANAN DIRI SENDIRI
ü Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik
memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia.
Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal
kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak
murka. Sebagai seorang umat islam yang mempunyai pegangan agama yang baik hendaklah sentiasa tegas dan tidak memandang remeh dalam penghasilan filem khurafat ini. Mereka perlulah memastikan tayangan filem mereka tontoni bebas daripada unsur - unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan , merekara seharusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti FINAS bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras dengan segera.
KESIMPULAN
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali
mensyirikkan Allah. Kita juga janganlah melakukan perbuatan khurafat kerana
akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan
khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita
mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem
yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat
dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam,
masjid dan lain-lain.
iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas
untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di
negara kita.
SUMBER RUJUKAN
Perangi
Syirik By
Dr. Abdullah Yasin
Syirik
dan sebabnya by Dr Muhammad Bin Abdulrahman al khumayyis
LAMPIRAN
SENARAI FILEM, DRAMA
ATAU SEBARANG AUDIO VISUAL YANG MENGANDUNGI UNSUR UNSUR KERAMAT, KHURAFAT,
TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT ATAU GHAIBIYAT.
|
|
|
|
Antara
bentuk-bentuk keramat,khurafat,tahyul dan kebudayaan karut yang
dipercayai oleh masyarakat yang terdapat dalam filem di atas .
- Kepercayaan adanya keramat
pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar
biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya
keramat, dan sebagainya
- Menganggap keramat pada
seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
- Cerita-cerita yang tidak didasarkan
pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
- Cerita-cerita yang berunsur metos
dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
- Cerita-cerita yang
bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
- Cerita-cerita yang berbentuk
pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan
orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
- Menggunakan objek-objek tertentu
seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
- Cerita-cerita yang mempunyai
unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dsb.
No comments:
Post a Comment